//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies

hello peeps ! welcome to super awesome. I wish you behave yourself. kbai:D


Bigfoots!





Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


Terus bergerak.


Assalamualaikum pembuka bicara. Ewahhh mentang mentangla dah lama tak berblogging dah nak bermadah la pulak he. Pernah dengar tak orang selalu cakap menangislah. Menangis sampai kau puas. Lepaskan semuanya yang kau nak lepaskan dalam hati tu. Jangan simpan takut nanti jadi makin teruk. Perempuan selalu dikaitkan dengan semua ni. yela, perempuan kan kalau ade apape kan dia akan menangis kan? Tu bukan tandanya dia lemah k. Tu salah satu cara dia nak lepaskan semua yang dia pendam selama ni. lelaki pun menangis jugak ape. Cumanya dorang tak tunjuk pun macam perempuan. Ok aku bukan nak cerita pasal menangis ke ape, cuma nak cakap yang selagi kita hidup selagi tu la kita terus bergerak. Selagi kita hidup, selagi tu lah kita terus akan hadapi hari hari yang akan datang. pernah dengar tak life must go on? Ya aku setuju dengan ayat tu. Sebab rugi sangat kalau kita tak buat ape, duduk diam je, layan perasaan untuk sesuatu yang dah takde dengan kita. Boleh faham tak maksud aku? Kiranya macam, jangan kau bazirkan masa kau untuk sesuatu yang bukan untuk kau. Ok macam ni, kita tak boleh nak paksa seseorang tu untuk dengar nasihat kita kan? K biarkan dia dengan dunia dia dulu sebab kita pun manusia, akan lalui jugak benda yang sama macam ni. Tapi kene terus bagi dia motivation untuk teruskan hidup untuk hari hari yang akan datang. Macam quotes yang kat atas ni kata "Life Is Too Short To Start Your Day With Broken Pieces Of Yesterday, it Will Definitely Destroy Your Wonderful Today And Ruin Your Great Tomorrow" so better kita lupakan semalam and mulakan something new today ok guys. Xoxo

Life.

Assalamualaikum and hai. Dah lama aku tak update blog kan? Yes. Dah lama gila kot. Banyak benda yang jadi dalam life kita dan tak semestinya kita kene ceritakan semuanya kan? Ok tau la takde sape nak tau pasal aku kan so stop perasan k. Wakaka. So petang tadi there's something happened to me. Hmm taknak cerita banyak tapi ade pengajaran jugak yang aku dapat petang tadi. Setiap orang tu takde yang tak pernah lakukan kesilapan ok. Mesti pernah buat silap punya. Mesti pernah dan mesti akan buat salah. Kita manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan nafsu tu ujian. Kita yang mengawal diri kita sendiri bukan nafsu yang kawal diri kita. Manusia tu dia sendiri yang buka aib dia. Kita mulia sebab Allah tu baik. Dia simpan aib kita, dia jaga aib kita. Takde orang yang takde masa lalu k. Takde. Zaman sekarang ni macam² kes yang dah jadi kat remaja. Kesimpulannya sekarang, kita yang tentukan ape dan siapa kita pada masa akan datang. Tapi kalau tuhan bagi kita ujian dengan ujian yang tak pernah kita duga, tolong jangan putus harapan, jangan buruk sangka dengan Dia. Dia maha tahu sedangkan kita tak tau apa yang bakal jadi kat kita pada masa akan datang. Manusia ni selagi dia hidup selagi tu la akan ada ujian untuk dia. Nak taknak kita terpaksa jugak hadapi dan terus move on dengan kehidupan kita dan satu benda yang kita kene pegang, letak Allah number satu dalam hidup kita. InsyaAllah kita takkan buat sesuatu yang akan membuatkan kita jauh dengan Allah. Teruskan usaha dan berdoa untuk dapat yang terbaik dalam hidup kita. Allah tu maha mendengar dan maha penyayang.

The situation.

Hello to all the readers, stalkers, haters and what ever else. Okay, tak tau nak cakap macam mane. Aku cuma macammmm speechless kejap. Thanks for your confess semalam. Nak kata tak happy macam tipu sangat lah kan. Aku suka dengar ape yang kau kata kat aku semalam. Suka. Tapi rasa macam untuk sementara waktu ni memang aku tak boleh nak ade ape ape hubungan lain dengan kau selain daripada kawan. Kawan baik. Kawan rapat. Untuk lebih daripada tu memang aku serahkan semuanya dekat Dia. Aku lebih senang mengikut arus kehidupan aku sendiri. Aku penat fight untuk ape yang aku sayang. Aku tak nak benda lama jadi lagi kat aku. Biarlah orang tu yang usaha sendiri. Maafkan aku. Aku memang sayang kau. tapi untuk masa sekarang ni aku lebih suka berkawan. Berkawan dengan semua orang. Aku tak kan jawab untuk soalan yang memerlukan kata putus aku. Biarkan cerita kita diaturkan oleh Dia.